Ibu Menyusu Tidak Boleh Minum Kopi?
aisyahbadrull

FASA menyusu merupakan antara momen terindah yang akan dilalui oleh para ibu. Pada waktu ini, kita boleh mengeratkan rasa cinta terhadap zuriat kita. Untuk memberikan nutrisi terbaik untuk si kecil melalui penyusuan, pola pemakanan kita haruslah diatur dengan baik.

Hal ini termasuklah dengan pengambilan minuman sepanjang tempoh penyusuan. Namun, sejauh manakah kebenaran bahawa ibu yang sedang menyusu tidak boleh mengambil kafein?

Menurut sumber purewow.com, mengambil kafein dalam sekitar satu dua cangkir kopi sehari masih lagi selamat bagi ibu yang sedang menyusu. American College of Obestetricians and Gynecologists (ACOG) mengungkapkan bahawa pengambilan kafein yang tidak berlebihan (200 mg per hari ) tidak akan memberi apa-apa kesan kepada bayi.

Bayi baru lahir dan bayi pramatang lebih sensitif dengan kesan kafein

Untuk penyusuan bayi yang baru lahir dan bayi pramatang, sebaiknya hindari diri anda daripada pengambilan kafein. Bayi yang baru lahir dan pramatang akan lebih sensitif dengan kesan kafein. Selain itu, ada juga sesetengah bayi yang sensitif dengan kafein sehingga mereka menolak untuk disusukan.

Perhatikan bayi anda sewaktu anda mengambil kafein. Walaupun kesan kafein tidak terlalu berat terhadap bayi, namun tidak semua bayi mampu menerima kafein. Jika si kecil sudah mula menolak apabila sedang disusukan, kurangkan pengambilan kafein dan buat jadual khas untuk minum kopi supaya tidak menganggu rutin susuan anda.

Jika anda masih ragu, dapatkan nasihat doktor tentang perkara ini.

Kredit foto: Shutterstock

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull