Ibu Bapa Perlu Cuba 5 Teknik Asuhan Yang Paling Berkesan Ini!
umirrasahad

PADA zaman dahulu, majoriti kita dibesarkan oleh ibu bapa yang garang dan tegas. Itulah cara kebanyakan kanak-kanak khususnya di Asia dibesarkan.

Namun kini, pengaruh luar terutamanya dari Barat banyak mempengaruhi cara ibu bapa zaman sekarang membesarkan dan mendidik anak-anak mereka.

Ada 5 teknik asuhan yang mungkin ada sesetengah ibu bapa belum tahu:

1. Penggunaan perkataan ‘jangan’



Menurut pakar keibubapaan dan pengasas Gold Parent Coaching, Tammy Gold, kita tidak boleh mengatakan “jangan” kepada anak dalam beberapa kes. Ia hanya perlu digunakan untuk kes yang besar sahaja. Ini kerana pengulangan kata “jangan” ini akan membuatkan mereka tidak lagi mempercayai kita. Selain itu, ia juga adalah disebabkan mereka tidak faham tujuan sebenar kita mengatakan perkataan ini adalah untuk kebaikan mereka juga.


Gunakan perkataan yang lebih bersifat penerangan agar anak kita lebih faham seperti, “Jangan sentuh pisau, nanti boleh terluka.” Mesej seperti ini lebih mudah terima oleh anak-anak.


2. Bercakap dengan anak seperti orang dewasa



Bercakap dengan anak kita seperti mereka adalah individu dewasa adalah teknik yang hebat untuk mengajar mereka bahasa. Gold menasihatkan bahawa cara atau apa yang kita ujarkan adalah tidak penting. Paling penting, adalah respon mereka. Selain itu, ia juga akan membantu perkembangan otak dan menambahkan kosa kata mereka. Walaupun bayi masih belum boleh bercakap, teknik ini akan menggalakkan mereka untuk bercakap dengan lebih awal.

3. Gunakan lampin ketika kecemasan sahaja



Ramai ibu bapa yang berpengalaman mencadangkan untuk membiarkan sahaja anak mereka tanpa lampin. Teknik ini terbukti berkesan kerana bayi kita akan lebih bebas dengan rentak hidup semula jadi mereka sekali gus menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan kita dan mengawalnya jika ingin membuang air.

Ya, ia mungkin agak sukar pada awalnya. Lama-kelamaan, penggunaan teknik ini sejak anak masih bayi akan membuat mereka lebih cepat matang.

4. Menghalang kelakuan menggigit



Sesetengah kanak-kanak cenderung untuk menggigit individu lain semasa mereka membesar. Dalam beberapa kes, anak kita akan menggigit untuk menunjukkan kemarahan mereka. Ibu bapa perlu menegaskan bahawa ia adalah perbuatan yang salah atau kita boleh berikan alternatif seperti mainan lembut untuk mereka gigit tatkala sedang marah. Kita perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa menggigit individu lain akan menyakitkan mereka dan tabiat ini perlu segera dibuang.

5. Mengawal tantrum



Kebiasaannya, apabila kanak-kanak sedang menunjukkan perasaan, ibu bapa juga akan terikut sama. Akan tetapi, menurut Gold, teknik ini adalah tidak bagus kerana ia akan membuat anak kita keliru kerana kita sendiri melakukan perbuatan yang kita tidak mahu mereka lakukan. Sebaiknya, kita boleh membawa anak ke tempat yang sunyi jika berada di dalam khalayak ramai kemudian bercakap dengan mereka setenang yang mungkin bahawa mereka tidak boleh berkelakuan begitu. Ini akan membuat mereka faham dan mengawal kelakuan mereka.

Semua ini hanyalah teknik, pucuk pangkalnya perlulah diingat setiap kanak-kanak adalah berbeza. Lain anak lain cara dan keperluannya. Hanya kita sebagai ibu bapa perlu faham dengan anak sendiri supaya kita dapat memberikan hanya yang terbaik buat mereka.

Sumber & kredit foto: hellodoktor.com & amazon.com

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

4 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

4 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull