Hubungan Toksik: Bertahan Atau Lepaskan Sahaja?
aisyahbadrull

LUMRAH apabila sedang jatuh cinta, semua orang sentiasa memberikan segalanya apabila menjalinkan hubungan. Walaupun ketika hubungan tidak seperti yang diinginkan, kebanyakan orang masih lagi memilih untuk mendiamkan diri atas faktor sayang dan berharap pasangan mereka akan berubah suatu hari nanti. Tapi kalau keadaan masih berterusan dan tetap sama, sampai bila kita hendak makan hati?

Semua orang berhak mendapatkan pasangan yang baik. Kalau hari-hari anda lebih banyak bersedih daripada gembira, apa gunanya anda menjalinkan hubungan? Kita perlu peka dengan sikap-sikap yang ditonjolkan oleh pasangan kita supaya kita tahu hubungan yang kita pertahankan selama ini bukanlah hubungan yang baik.

Sering memperlekehkan kelemahan anda

Masih ada lagi ye manusia yang bersifat seperti ini di dalam hubungan. Orang yang memiliki sifat yang matang tidak akan memperlekehkan kelemahan orang lain. Bila orang yang kita sayang yang selalu memperlekehkan kita, mesti kita akan lebih mudah untuk rasa tidak yakin terhadap diri sendiri. Sampai bila anda hendak duduk di dalam situasi macam ni? Kalau perkara ini masih berterusan percayalah, anda tidak akan maju ke hadapan dalam kehidupan.


Mengurat orang lain di belakang anda

Ini bukan kes kita kuat cemburu ataupun tidak bila pasangan kita menggatal dengan orang lain. Setidak-tidaknya kita perlu ada rasa hormat kepada pasangan kita. Kalau pasangan anda tanpa ada rasa bersalah mengurat perempuan lain di hadapan anda dan situasi ini berlaku lebih daripada sekali, buat apa nak sakit hati lagi? Angkat kaki saja!

Suka kawal kehidupan anda

Kalau pasangan anda sejenis yang suka mengawal kehidupan anda, bahagia ke? Ini tak boleh, itu tak boleh. Lebih menyakitkan bila pasangan anda menyuruh anda jadi apa yang mereka mahukan. Suruh berubah macam ni, suruh pakai macam tu. Kalau si dia ikhlas menerima kita dari awal, kenapa dia hendak kita jadi orang lain?

Tidak mendengar pandangan kita

Sebuah hubungan perlu ada toleransi. Kalau sebelah pihak sahaja yang mendominasi hubungan, mampukah kita bahagia? Lebih-lebih lagi bila dapat pasangan yang keras kepala dan sentiasa merasakan diri mereka sahaja yang betul tanpa ada rasa untuk mendengar pandangan daripada pihak anda. Sampai bila kita hendak makan hati berulam jantung.

Tidak mengutamakan kita sebagai pasangan

Apa guna menjalinkan hubungan jika pasangan kita tidak menganggap kita orang yang penting dalam hidup mereka? Jika anda rasa anda hanyalah satu pilihan di dalam hidup mereka, fikir-fikirkanlah. Bimbang pihak si dia pun rasa terpaksa dalam hubungan dan mungkin mereka tidak sampai hati untuk beritahu anda.

Pokok pangkalnya, apa-apa keputusan terletak pada diri kita sendiri. Namun, untuk apa nak teruskan hubungan yang toksik? Anda juga perlu kuat untuk terima keadaan ini. Jika hendak beri peluang pun haruslah berpada-pada jangan sampai makan diri sendiri. Buatlah keputusan yang bijak ya? 

Kredit foto: The Atlantic



Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

7 days ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

9 days ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

7 days ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

13 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

12 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

8 days ago
aisyahbadrull