Hindari 5 Kesalahan Ini Ketika First Date!
aisyahbadrull

PERTEMUAN pertama sememangnya menjadi momen terpenting untuk kita mengenali seseorang yang baru. Perasaan berdebar ketika berjumpa seseorang untuk kali pertama sememangnya satu perkara yang tidak boleh dielak. Kadangkala akibat terlalu gemuruh, banyak perlakuan pelik di luar kawalan yang akan kita lakukan, lebih-lebih lagi daripada segi percakapan.

Hati-hati, jika anda tidak mahu pertemuan pertama anda gagal, sebaiknya elakkan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini!

Bersikap kurang sopan dengan orang sekeliling

Elakkan bersikap kurang ajar dan kasar terhadap orang-orang di sekeliling anda semasa pertemuan pertama. Anda perlu ingat, pertemuan pertama merupakan momen terpenting untuk seseorang mengenali diri anda. Jika awal-awal sudah menunjukkan sikap yang negatif, bagaimana orang nak suka pada kita?

Terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri

Cara percakapan kita menjadi satu perkara penting yang dilihat oleh seseorang yang ingin mengenali diri kita. Percakap menjadi pengukur sama ada anda dan si dia mempunyai chemistry ataupun tidak. Jika anda sahaja yang mendominasi perbualan sepanjang pertemuan, tidak mustahil si dia akan mula turn off dengan anda!

Asyik melihat telefon bimbit

Orang yang suka melihat telefon bimbit semasa berbual menunjukkan tanda bahawa dia tidak fokus dan tidak berminat dengan perbualan tersebut. Jika anda ada urusan yang perlu diselesaikan segera, jelaskan kepada si dia tentang keadaan anda ataupun minta diri sebentar jika anda memerlukan privasi. Ingat, jangan tengok media sosial di hadapan si dia semasa pertemuan pertama pula ya.

Terus memberitahu kriteria pasangan ideal anda

Jangan terus membicarakan tentang ciri-ciri pasangan idaman anda semasa pertemuan pertama. Jika si dia tidak mempunyai ciri-ciri yang anda nyatakan, pasti si dia akan berasa tersisih dan terkesan dengan kata-kata anda. Kebanyakan orang akan mula give up pada pertemuan pertama apabila mengetahui dirinya tidak menepati citarasa seseorang. Sabar dahulu, kita tidak boleh mengenali seseorang sepenuhnya menerusi satu pertemuan pertama sahaja kan?

Bergurau tentang kelemahan diri anda dalam perhubungan

Bergurau merupakan perkara yang baik kerana boleh menghidupkan suasana semasa pertemuan pertama. Namun, anda juga perlu berhati-hati dengan topik yang anda guraukan lebih-lebih lagi ianya melibatkan tentang pengalaman cinta anda terdahulu.

Tidak ada salahnya bersifat terbuka semasa berbual. Namun anda perlu bijak mengendalikan diri anda. Jangan terlalu terbuka tentang kelemahan diri sendiri dan dalam masa yang sama jangan terlalu meninggi diri.

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa pertemuan pertama. Semoga selepas ini anda tidak melakukan kesalahan yang sama.

Kredit foto: askmen

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

3 months ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull