Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood
aisyahbadrull

PERSIS pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Perkahwinan pelakon Farah Nabilah dan suami tercinta Mohammed Amirul Yunus terus mendapat perhatian ramai.

Sah diijabkabulkan pada 20 Disember lalu, Farah dan pasangan telah mengadakan majlis bersanding pada malam ini (28 Disember) bertemakan Bollywood yang berlangsung di Dorsett Grand Subang.

Dekorasi majlis perkahwinan yang serba indah ini merupakan kerja kreatif Rekateemor, solekan pengantin perempuan daripada Alha alfa dan busana mempelai oleh Rizman Ruzaini.

Majlis berlangsung penuh meriah dan warna-warni ini dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja bagi memeriahkan majlis pasangan sama cocok sama padan ini. Majlis persandingan dimulakan dengan bacaan selawat seterusnya persembahan memukau daripada Nadia & Band.

Ketika berlangsungnya majlis yang serba Bollywood ini, persembahan tarian Bollywood nyata menarik perhatian lensa kamera. Bahkan, keluarga daripada pihak lelaki turut menjayakan tarian Bollywood untuk majlis resepsi Farah dan Amirul.

Mahligai Cinta kongsikan gambar di sekitar majlis resepsi bertemakan Bollywood untuk meraikan mempelai, Farah Nabilah dan Amirul Yunus.