Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya
aisyahbadrull

PERKHABARAN duka tentang pemain lagenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang maut dalam nahas helikopter pada 26 Januari lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Helikopter persendirian yang dinaiki Bryant dilaporkan terbakar dan terhempas di bandar Calabasas. Insiden ini turut mengorbankan anak perempuan Bryant, Gianna Maria Onore, 13, atau nama timangannya, GiGi.

Bryant yang terkenal dengan gelaran Black Mamba merupakan salah seorang pemain terbaik LA Lakers. Tidak hanya berjaya di dalam kariernya, lelaki berusia 41 tahun ini juga turut dikenali sebagai seorang lelaki family man dan sering hadir bersama isteri dan anak-anaknya di semua acara.

Berikut merupakan foto-foto kenangan Kobe Bryant bersama isteri dan empat orang cahaya matanya.

Kobe Bryan berkahwin dengan isterinya, Vanessa pada tahun 2001. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Natalia, 17, Gianna, 13, Bianka, 3 dan Capri, 7 bulan.

Kredit foto: Instagram Kobe Bryant

Perkahwinan Bryant dan Vanessa pernah mengalami krisis apabila Vanessa meminta cerai pada tahun 2011. Namun pada tahun 2013, pasangan ini kembali berdamai dan membatalkan penceraian mereka.

Kredit Foto: Instagram Kobe Bryant

Menerusi sekeping foto yang dimuatnaik pada April 2019 yang lalu, Kobe mengucapkan ucapan ulang tahun untuk perkahwinannya yang sudah terjalin selama 18 tahun.

Kredit foto: Instagram Kobe Bryant

Foto ini diambil ketika acara baby shower Vanessa. Pada ketika ini, Vanessa sedang hamil anak keempat mereka, Capri.

Kredit foto: Instagram Kobe Bryant

Kehadiran cahaya mata mereka yang keempat, Capri ternyata melengkapi kebahagiaan keluarga ini. Foto ini diambil ketika mereka merayakan perayaan Halloween dan mereka memakai kostum filem The Wizard of OZ.

Kredit Foto: Instagram Kobe Bryant

Kobe merupakan seorang bapa yang gemar memuatnaik foto anak-anaknya di laman Instagram.

Kredit Foto: Instagram Kobe Bryant

Foto Kobe bersama anaknya Bianka di hadapan potret Mona Lisa di Muzium Lourve, Paris.

Kredit foto: Instagram Kobe Bryant

Anak kedua Kobe, Gianna yang juga merupakan mangsa nahas helikopter dilihat sering bersama ayahnya menonton pertandingan bola keranjang sebelum ini.

Kredit foto: Instagram Kobe Bryant
Kredit foto: Instagram Kobe Bryant

Ini merupakan beberapa foto kenangan Kobe Bryant bersama keluarganya. Khabar duka ini ternyata mengejutkan warga dunia dan peminat Kobe Bryant. Semoga keluarga Kobe Bryant tabah mengharungi ujian ini.

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

13 days ago
umirrasahad
Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

22 days ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

14 days ago
aisyahbadrull
Momen Manis Brad Pitt Dan Jennifer Aniston di SAG Awards 2020

Adakah mereka akan kembali bersama?

a month ago
aisyahbadrull
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

18 days ago
aisyahbadrull