Fikir Perkara Ini Sebelum Kembali Semula Dengan Bekas Kekasih
aisyahbadrull

HUBUNGAN terdahulu pasti akan meninggalkan kesan sentimental yang mendalam dalam hidup kita. Namun, sebagai manusia biasa, kita perlu meneruskan kehidupan tanpa dibayangi kisah silam. Jangan hanya kerana itu, kita menjadi takut untuk menjalinkan hubungan yang baharu.

Namun, jika bekas kekasih datang semula mendambakan cinta kita kembali, apa yang perlu kita lakukan? Lebih-lebih lagi apabila si dia menzahirkan rasa kesal dan mengakui kesilapannya yang terdahulu. Jangan terburu-buru. Fikir perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Adakah kita sudah tahu apa yang sebenarnya kita inginkan dalam perhubungan?

Ambil masa dan fikir sejenak tentang perkara-perkara yang kita inginkan sekiranya kita menjalinkan hubungan. Hal ini merupakan jalan yang terbaik untuk membuat pilihan. Dengan memahami kemahuan diri sendiri, kita akan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita ambil dan hadapinya.

Senaraikan perkara-perkara yang kita inginkan di dalam hubungan seperti ingin selalu diberi perhatian, selalu menghubungi dan sebagainya. Untuk memutuskan perkara ini, sebaiknya kita utamakan kemahuan kita berbanding orang lain.

Apakah bekas kekasih anda sudah memenuhi kriteria tersebut?

Selepas memikirkan perkara yang kita kehendaki di dalam perhubungan, kita boleh fikir semula adakah bekas kekasih kita mampu memenuhi kriteria tersebut. Jika si dia memenuhi kriteria tersebut, tidak ada salahnya jika anda mempertimbangkan keputusan untuk kembali semula kepada si dia. Namun jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap si dia. Tidak semua perkara yang kita mahukan akan terjadi mengikut kehendak kita.

Adakah anda sudah bersedia jika ada perubahan di dalam perhubungan?

Anda dan si dia perlu berbincang tentang perkara ini sebelum memutuskan untuk menjalinkan semula hubungan. Banyak aspek yang perlu difikirkan antaranya seperti adakah anda dan si dia bersedia untuk menghadapi dugaan yang mendatang dan menerima pelbagai reaksi daripada orang sekeliling sekiranya mereka mengetahui tentang keputusan anda. Fikirkan sebaiknya sebelum melakukan keputusan.

Utamakan perkara yang membuatkan anda berasa dihargai berbanding dengan hubungan terdahulu. Namun jika lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, tidak meneruskan semula hubungan adalah keputusan yang terbaik. Kita lebih tahu yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Kredit foto: Cheat Sheet

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull