Farah Nabilah Kini Sah Milik Amirul Yunus
aisyahbadrull

DENGAN sekali lafaz, pelakon jelita Farah Nabilah Saipuddin (27), sah bergelar isteri kepada pasangannya Amirul Yunus (28) dalam sebuah majlis yang meriah di Hotel Royale Chulan Damansara malam tadi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah rm1000. Pihak perempuan memberi 7 dulang untuk pihak lelaki dan dibalas 7 dulang daripada pengantin lelaki.

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Haji Mastori bin Haji Marshidi dan disaksikan oleh ayah pengantin perempuan, Dato’ Saipuddin Ahmad sebagai wali. Farah dan Amirul melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum memulakan akad nikah satu jam selepasnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Izara Aishah,dan persembahan istimewa oleh adik kepada pengantin perempuan iaitu Firdaus Azraai.

Amirul yang bekerja sebagai juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menjalinkan cinta lebih 7 tahun dengan Farah Nabilah selepas mereka diperkenalkan oleh sahabat baik Farah sendiri iaitu Izara Aishah. Keluarga Amirul telah menemui keluarga Farah untuk upacara merisik pada awal tahun lalu.

Majlis khatam Al-Quran dan malam berinai akan diadakan esok (Sabtu), 21 Disember di Neo Event Hall, Damansara Perdana. Majlis resepsi belah pihak lelaki pula akan diadakan di 28 Disember di Grand Dorsett, Subang dan majlis pihak wanita bakal dilangsungkan pada 5 Januari di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Semoga mahligai cinta yang baru sahaja dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.

Artikel Berkaitan

Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad