“Farah Cukup Sempurna Di Mata Saya,” Amirul Yunus
aisyahbadrull

AKTRES terkenal Farah Nabilah Saipuddin baru sahaja bertukar status sebagai isteri melalui majlis akad nikah yang berlangsung di Royal Chulan Hotel, 20 Disember ini. Memilih juruterbang sebagai pasangan hidup, Farah (27) mengakui dia berasa cukup lega apabila majlis penikahannya berjalan dengan sempurna dengan dihadiri seramai 300 orang tetamu.

Ditanya tentang perasaan selepas bergelar suami kepada pelakon jelita, Mohammad Amirul Yunos atau mesra disapa Amirul (28) mengakui tiada perkataan yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan perasaannya pada waktu ini.

“Tiada perkataan yang mampu gambarkan tentang perasaan saya waktu ini. Farah sangat cantik dan sempurna di mata saya. Saya sangat beruntung kerana dapat memperisterikan wanita yang bijak mengambil hati saya,” ujar Amirul sambil memandang isterinya.

Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan rekaan bertema melayu klasik daripada Rizalman serta solekan oleh Khir Khadir. Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran berserta tujuh berbalas tujuh dulang.

Apabila diajukan soalan kepada Farah adakah dirinya bakal meneruskan karier sebagai seorang pelakon selepas bergelar seorang isteri, pelakon yang mesra disapa sebagai Fawa ini tidak akan menghentikan aktivitnya serta merta walaupun bergelar seorang isteri.

“Saya masih meneruskan karier saya sebagai seorang pelakon namun saya perlu menapis terlebih dahulu watak yang diberikan dan akan meminta persetujuan daripada suami saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih fokus dalam bidang pengacaraan atau perkara lain,”

Kedua mempelai ini bakal mengadakan majlis khatam Al-quran yang berlansung pada jam 3 petang (21 Disember) dan majlis persandingan bertema arabic pada sebelah malam di Neo Event Hall, Damansara.

Artikel Berkaitan

Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

5 months ago
aisyahbadrull
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

4 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

4 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

5 months ago
aisyahbadrull
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

4 months ago
umirrasahad