Ejen Ali The Movie Filem Penutup Terbaik Tahun 2019
aisyahbadrull

SEWAKTU diberi kesempatan untuk menonton filem Ejen Ali The Movie, kami tertanya-tanya adakah filem ini mampu mencapai jangkaan yang diharapkan oleh setiap penggemar filem animasi di negara kita ini. Namun selepas menyaksikan filem ini, fikiran kami sama sekali meleset kerana filem animasi di bawah jenama Primeworks Studios dan Wau Animation ini ternyata berjaya memukau setiap penonton!

Image result for ejen ali the movie

Kualiti animasi 3D filem ini mampu menandingi filem-filem animasi antarabangsa yang lain. Tidak hairanlah selepas 5 hari ditayangkan di pawagam, filem ini berjaya meraih RM6.4 juta dan berjaya mengalahkan filem animasi antarabangsa Frozen 2!

Sokong animasi tempatan

Jika anda belum merancang aktiviti untuk anak anda semasa musim cuti sekolah ini, menonton filem Ejen Ali The Movie merupakan perkara yang berbaloi dan bermanfaat untuk mereka! Filem arahan Usamah Zaid Yassin ini ternyata sarat dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang boleh menjadi ikutan kanak-kanak masa kini. Bukan kualiti animasi 3D sahaja yang boleh dibanggakan, susunan plot cerita dan penggunaan dialog juga sangat bersesuaian untuk setiap lapisan umur. Ternyata filem ini mampu memberikan impak yang positif untuk kanak-kanak yang menonton.

Image result for ejen ali the movie

Menelusuri tahun 2019 yang sudah hampir ke penghujung ini, kami boleh rumuskan bahawa filem animasi tempatan yang dilahirkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation ini mampu menghapuskan stigma masyarakat terhadap kualiti filem-filem tempatan. Walaupun filem ini masih belum diangkat ke peringkat antarabangsa, tetapi kami yakin dengan kualiti yang dihasilkan, Ejen Ali The Movie mampu memacu kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan untuk kru-kru yang terlibat dalam menghasilkan filem ini!

Sarat dengan nilai murni dan pengjaran

Bagi yang belum menyaksikan filem ini, filem ini berkisarkan tentang Ali seorang budak lelaki 12 tahun yang telah menjadi ejen rahsia di MATA, iaitu sebuah agensi perisikan yang melindungi bandar Cyberaya. Namun, konflik telah timbul apabila Ali mengetahui bahawa bukan dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen.

Related image

Ali mula persoalkan fungsinya di MATA. Dalam pada masa yang sama, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia mengetahui tentang rahsia kehilangan ibu Ali. Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Filem ini penuh dengan elemen aksi, drama, kejujuran, persahabatan dan kekeluargaan yang kuat, sesuai untuk tontonan setiap lapisan umur. Terdapat beberapa babak yang mampu mengalirkan air mata dan menyentuh hati semasa penghujung filem ini. Soundtrack Ejen Ali The Movie iaitu Kita Jaga Kita nyanyian Altimet dan Bukalah Matamu nyanyian Aishah Aziz dan Bunga juga menjadi salah satu asbab filem ini dilihat gah dan cemerlang.

Bagi yang belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang anda! Hapuskan rasa prejudis terhadap filem tempatan kerana filem ini mampu mengubah persepsi anda. Bertindak segera!

Artikel Berkaitan

Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad