Dilarang Potong Rambut Ketika Hamil, Mitos Atau Fakta?
aisyahbadrull

SEBENARNYA boleh atau tidak memotong rambut ketika hamil? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya para wanita yang sedang hamil lebih-lebih lagi apabila sudah memasuki kehamilan trimester kedua dan ketiga.

Terdapat satu mitos atau pantang terdahulu mengatakan bahawa jika seseorang wanita itu memotong rambut ketika sedang hamil, kemungkinan besar untuk mendapat anak cacat adalah tinggi. Sejauh mana kebenaran ini?

Namun jika mengikut logik akal, dan rasional, penyebab utama kecacatan kepada bayi adalah kerana faktor genetik, kekurangan nutrisi virus atau penyakit-penyakit tertentu. Tidak ada kena mengena dengan memtong rambut ya.

Potong rambut punca bayi menjadi cacat adalah satu mitos

Kenyataan ini ternyata merupakan satu mitos kerana tidak ada bukti secara medikal atau fakta berhubung dengan perkara ini. Bila difikirkan secara logik, tidak ada salahnya memotong rambut ketika hamil lebih-lebih lagi kondisi wanita hamil yang mudah berpeluh dan panas akan menyebabkan mereka mudah berasa rimas.

Potong sahaja rambut anda jika sudah mula berasa rimas dan tidak selesa. Namun, hindari pemakaian vitamin rambut ketika hamil kerana dikhuatiri produk yang mengandungi bahan kimia yang memasuki kulit kepala kita akan membahayakan kondisi janin dan diri kita sendiri.

Wanita disarankan memotong rambut ketika hamil

Ketika hamil, terdapat beberapa perubahan hormon yang akan mempengaruhi keadaan tubuh kita sehingga menyebabkan perubahan kepada tekstur rambut. Sesetengah ibu hamil akan mengalami perubahan pada rambut mereka. Sebagai contoh rambut mereka lebih mudah menjadi panjang dan tebal ketika hamil.

Memotong rambut ketika hamil tidak akan memberi apa-apa kesan kepada tumbesaran janin. Anatara faktor utama yang memberi risiko kepada kecacatan bayi adalah faktor genetik, mengandung pada usia lebih daripada 35 tahun, gaya hidup yang tidak sihat dan penggunaan ubat-ubatan secara berlebihan.

Jangan mewarna, rebonding,smoothing atau apa-apa perkara yang menggunakan bahan kimia ketika hamil. Hal ini akan membahayakan kesihatan diri dan janin anda.

Jika sudah mula rasa tidak selesa, potong sahaja rambut anda ya.

Kredit foto: The List

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad