Dato’ Sri Eizlan Yusof Akhiri Zaman Duda 12 Disember Ini
aisyahbadrull

TEKA-TEKI tentang Dato’ Sri Eizlan Yusof akhirnya terjawab apabila pelakon , produser , Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) dan juga merupakan seorang ahli perniagaan telah mengumumkan berita pernikahannya pada hari ini.

Sebelum ini, Eizlan Yusof, 48 yang juga merupakan seorang duda dengan tiga orang cahaya mata enggan mengulas lanjut tentang ura-ura dirinya bakal menamatkan zaman duda dalam masa yang terdekat.

Namun pada hari ini (2 Disember), pelakon kacak ini telah mengumumkan sendiri yang beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berketurunan Serani, dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville menerusi sebuah sidang media yang berlangsung di Bora Ombak Putrajaya.

“Pada 3 bulan yang lalu, saya telah melamar Natasha secara spontan dan saya amat bersyukur kerana dia menerima lamaran saya. Akhirnya kami telah menetapkan 12 Disember ini sebagai tarikh pernikahan saya bersama bakal isteri saya,” ujar Eizlan.

Menurut Eizlan, majlis pernikahan bakal diadakan pada 12 Disember dan 13 Disember pula merupakan tarikh persandingan mereka. Kedua-dua majlis ini bakal dilangsungkan di Bora Ombak Putrajaya.

Ujar Eizlan, beliau sangat tertarik dengan perwatakan Natasha kerana wanita berusia 29 tahun ini seorang yang kelakar dan amat disenangi oleh ketiga-tiga anaknya.

“Natasha telah memeluk agama Islam pada bulan Ogos yang lalu sebelum saya mengambil keputusan untuk melamarnya. Saya tertarik dengan perwatakannya yang kelakar dan sangat prihatin terhadap anak-anak saya. Saya bersyukur kerana anak-anak menerima berita ini dengan gembira,”

Namun, Eizlan telah mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah bakal isterinya hingga majlis perkahwinan mereka nanti.

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada tahun 2007 dan sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9 dan Vie Zaalia, 6 tahun.

Tahniah buat Datu’ Sri Eizlan Yusuf dan pasangan. Semoga ikatan yang bakal dibina kekal hingga ke akhir hayat!

Artikel Berkaitan

Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

a month ago
umirrasahad
Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

a month ago
umirrasahad
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

2 months ago
aisyahbadrull
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

11 days ago
umirrasahad