Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!
umirrasahad

SHAH Jahan dan Mumtaz Mahal. Romeo dan Juliet. Laila dan Majnun. Semuanya adalah kisah cinta agung yang popular sehingga ke hari ini.

Walaupun ada diantaranya yang berakhir dengan tragedi, namun semua ini menunjukkan apabila kita mencintai seseorang, kita sanggup berkorban apa saja demi cinta kita.

Samalah seperti 3 kisah suami mithali ini. Ada yang romantis, ada yang tidak masuk akal juga!

1. John Shepherd-Barron


john shepher barron pencipta mesin atm menggunakan 4 digit kerana sayangkan isteri

Lebih kurang 50 tahun lalu, John mendapat idea untuk mencipta Auto Teller Machine (ATM), sebuah mesin yang boleh mengeluarkan wang tunai, sama seperti vending machine yang mengeluarkan coklat, air dan sebagainya. Sebagai langkah keselamatan, dia mencadangkan kegunaan nombor PIN untuk mengenalpasti pengguna mesin ATM tersebut.

John pada mulanya ingin menggunakan 6 digit untuk PIN, seperti dalam kad pengenalan tenteranya. Tetapi isterinya, Caroline, menolak idea itu kerana katanya dia hanya boleh ingat 4 digit. Oleh sebab itulah nombor PIN diperkenalkan dengan 4 digit!

2. Sir Alfred Bird


alfred bird mencipta birds custard untuk isteri yang alergik terhadap telur

Mereka yang rajin ke dapur pasti kenal jenama tepung kastard ini. Pengasasnya, Sir Alfred Bird, seorang ahli kimia pada kurun ke-19 telah mencipta tepung kastard ini kerana isterinya, Elizabeth mempunyai alahan kepada telur.

Dengan kepakaran sebagai ahli kimia, Afred menghasilkan resepi baru untuk tepung kastard tanpa menggunakan telur supaya dapat dinikmati oleh isterinya yang tersayang.

Siapa sangka, hanya untuk membahagiakan isteri, jenama tepung kastard Alfred ini terus popular di UK! Perniagaan ini kemudiannya diteruskan turun-temurun sehinggalah tahun 2004, ianya dibeli oleh jenama gergasi Kraft di US.

3. Faizul Hassan Quadri


Mr Quadri's Taj Mahal

Pesara kerajaan di sebuah perkampungan di utara India ini mengabadikan cintanya buat isteri, Tajammuli Begum dengan membina replika Taj Mahal sendiri!

Mereka telah berkahwin lebih 50 tahun dan tidak dikurniakan anak. Isterinya sedih memikirkan tiada siapa yang akan memperingati mereka apabila mereka sudah tiada nanti. Oleh kerana itu, Faizul berjanji kepada isterinya, jika isterinya sudah tiada, dia akan membina ‘istana’ ini supaya orang akan memperingatinya sampai bila-bila.

Tajammuli meninggal pada tahun 2011 akibat kanser, dan sejak daripada itu Faizul telah mulakan projek ini dengan hasil titik peluhnya sendiri. Dia menolak tawaran bantuan orang lain, walaupun simpanannya sendiri semakin susut. Demi cinta!

Kredit foto: much.com

Artikel Berkaitan

Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!

Jangan buang banyak waktu di media sosial!

...
a month ago
aisyahbadrull
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

a month ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

a month ago
aisyahbadrull
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

22 days ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

21 days ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

19 days ago
umirrasahad