Cipta Suasana Bilik Yang Romantis Untuk ‘Berasmara’ Dengan 5 Tip Ini!
aisyahbadrull

MENJADIKAN suasana bilik yang romantis bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Banyak benda yang boleh kita ubah supaya bilik kita kelihatan menarik dan romantis. Untuk pengetahuan anda, bilik bukan hanya sekadar tempat untuk berehat dan tidur. Ruang bilik juga merupakan tempat terbaik untuk menjalinkan hubungan ‘asmara’ .

Anda mahu ubah bilik anda menjadi suasana yang romantis? Ikuti 5 tip yang kami berikan ini!

Gunakan warna cat yang tepat

Pemilihan warna cat yang tepat memberi pengaruh yang besar kepada mood dan ketenangan di dalam bilik tidur. Menurut cadangan beberapa orang pereka hiasan dalaman yang berpengaruh, warnakan bilik tidur anda dengan warna lembut seperti warna ungu, biru muda, hijau atau krim. Warna kelabu juga merupakan warna yang disarankan supaya dapat menimbulkan mood yang hangat dan romantik.

Hias dengan barangan peribadi

Barangan peribadi atau hadiah mempunyai makna yang penting dan perlu diletakkan sebagai perhiasan di bilik tidur. Lebih-lebih lagi barangan yang merupakan pemberian daripada pasangan anda. Walaupun barangan itu merupakan barangan kecil dan ringkas, tetapi ianya mampu memberi makna yang mendalam dan intim kepada anda dan pasangan.

Pilih pencahayaan yang romantis

Jika ingin menjadikan suasana bilik anda bertambah romantis, pasangkan lilin yang mempunyai bau aromaterapi di bilik anda. Selain daripada memberikan ketenangan, cahaya lilin juga mampu membuatkan seseorang itu kelihatan menarik dan seksi tau. Buktikan sendiri jika anda ingin tahu hasilnya!

Selain daripada pencahayaan lilin, anda juga boleh menggunakan lampu berwarna suram seperti warna oren. Pasti pencahayaan ini dapat meningkatkan rasa romantis anda dan pasangan anda!

Jangan lupa sertakan alunan muzik yang romantis

Jangan biarkan hubungan asmara anda dan pasangan suram dan membosankan. Tidak ada salahnya jika anda sertakan alunan muzik semasa berasmara. Pilih muzik kegemaran bersama pasangan dan pasangkan sepanjang malam. Pasti momen ini akan diingati oleh pasangan anda sampai bila-bila!

Tambah pewangi bilik

Beberapa kajian telah membuktikan bahawa bau boleh menentukan mood seseorang. Jika anda ingin menjadikan bilik tidur anda tenang dan romantis, pilihlah pewangi kegemaran anda dan pasangan anda. Beberapa wangian ekstrak daripada bunga seperti lavender, mawar, melati dan aroma buah-buahan mampu membangkitkan mood dan suasana yang romantis. Jika bilik tidur berbau wangi, secara automatik anda dan pasangan akan lebih menjadi tenang kan?

Jadi, anda sudah bersedia untuk mengubah bilik tidur anda? Tetapi apa yang lebih penting adalah kebersihan bilik. Jika bilik kita bersih, sudah pasti suasana bilik akan menjadi kemas dan tenang. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull