Chris Brown Selamat Timang Cahaya Mata Yang Kedua?
aisyahbadrull

PENYANYI yang berasal dari Amerika Syarikat, Chris Brown selamat menimang cahaya mata yang kedua baru-baru ini!

Cahaya mata kedua ini merupakan anak lelaki pertama Chris Brown bersama bekas kekasihnya yang juga merupakan seorang model bernama Ammika Haris.

Kredit foto: E!News

Menurut portal E! News, pasangan yang pernah menjalinkan hubungan cinta ini tidak mengumumkan kelahiran anak mereka secara terbuka, namun Chris dan Ammika ada memberi isyarat kecil menerusi laman Instagram masing-masing.

Pada 20 November yang lalu, Brown telah memuatnaik sekeping foto di laman Instagramnya dengan kapsi “11-20-2019,”

Pada hari yang sama juga, Ammika, 26, telah memuatnaik insta story dan menulis “I was in love, when I first saw you,” 

Khabar mengenai kehamilan Ammika tersebar pada pertengahan tahun lalu. Status mereka tidak dapat diketahui dengan jelas kerana kedua pasangan ini lebih memilih untuk mendiamkan diri.

Terdahulu, Brown pernah mempunyai anak perempuan bernama Royalty bersama bekas kekasihnya yang juga merupakan seorang model, Nia Guzman.

Kredit foto: E!News

Tahniah untuk Chris Brown!

Kredit foto: E!News

Artikel Berkaitan

Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

2 months ago
umirrasahad
Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

2 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull