Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship
umirrasahad

HUBUNGAN yang disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika mula menjalinkan cinta, semuanya indah. Namun setelah beberapa lama, si dia mula menunjukkan sisi gelapnya.

Si dia mula meninggikan suara bila berlaku pertengkaran, menaikkan tangan dan melepaskan amarah ke tubuh badan kita. Sedih dan kecewa tak terkata.

Jangan biarkan diri kita terus dalam perhubungan toksik sebegini. Jangan takut untuk tinggalkan si dia hanya kerana dia merayu dan masih sayangkan kita. Jika sayang, bukan begitu caranya.

Jadi bagaimana harus kita memulakan langkah?

1. Buat keputusan untuk pergi

Melepaskan diri daripada abusive relationship perlulah mula dengan kesedaran yang kita sedang ‘didera’. Walaupun perkara ini nampak mudah bagi orang luar, namun orang yang mengalami sendiri situasi sebegini akan mengalami pergolakan emosi sendiri.


Image result for enough movie"
Kredit foto: billboard.com

Pasangan yang abusive akan membuatkan kita rasa ‘penderaan’ yang dilakukannya itu adalah berpunca daripada kita sendiri – kita patut ‘didera’ kerana kesilapan kita. Si dia akan menghancurkan harga diri dan psikologi kita sehingga kita sendiri akan membiarkan tindakannya itu kerana sayang atau pun si dia sumber kewangan kita (bagi yang sudah berumah tangga dan menjadi suri rumah).


Tetapkan pendirian untuk pergi. Buat perancangan rapi untuk lepas daripada abusive relationship itu. Dapatkan bantuan daripada orang terdekat.


2. Dapatkan bantuan orang terdekat


Image result for enough movie"
Kredit foto: justwatch.com

Ini dapat memberikan semangat dan motivasi kepada kita untuk tetapkan pendirian dan berani utk melangkah pergi. Pilih orang yang paling kita percaya – ahli keluarga atau rakan baik.

Rakan kita mungkin dapat menyediakan tempat untuk kita bermalam bersama anak-anak jika kita membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Ahli keluarga mungkin akan membantu daripada segi kewangan dan sebagainya.

3. Dokumenkan perbuatan si dia dan buat laporan

Jika perbuatan si dia membahayakan kita, sehingga kita merasa takut untuk pergi kerana dia akan mencederakan kita, maka kita patut melibatkan undang-undang dan pihak berkuasa untuk membantu kita.


Image result for jlo enough"
Kredit foto: youtube

Cara paling mudah untuk merekodkan segala perlakuan si dia adalah dengan menyimpan jurnal, gambar atau rakaman suara ketika kejadian berlaku. Pastikan kita dokumenkan sekali tarikh dan waktu kejadian berlaku.

Jika ada saksi kejadian lebih baik dan sangat membantu kes kita.

Yang paling penting, jangan tinggalkan rekod ini di tempat yang mudah untuk si dia jumpa.

4. Block si dia

Percaya atau tidak, hubungan jarak jauh atau atas talian juga boleh menjadi abusive relationship. Ini kerana kita jarang bersua muka, ‘penderaan’ itu boleh berlaku dalam perbualan telefon atau di laman sosial.

Si dia akan cuba untuk membuat emosi kita merudum, merendah-rendahkan kita, mengugut atau menyalahkan kita atas masalah yang tiada kena-mengena langsung dengan kita.

Block sahaja si dia dalam semua akaun media sosial kita!

5. Move on sepenuh hati

Melepaskan diri daripada si dia dan abusive relationship itu sememangnya memerlukan kekuatan emosi daripada diri kita sendiri.

Namun selepas kita berjaya melepaskan diri, pastinya akan ada pergolakan emosi dan perasaan dalam diri kita. Masih berbaki rasa sayang, fikir yang dia mungkin boleh berubah, perbuatannya tidaklah terlalu teruk atau segalanya bersifat sementara.


Image result for jlo enough fight scene"
Kredit foto: youtube

Mungkin terdetik juga untuk kembali kepada si dia selepas kita berjaya lari daripada si dia. Yalah, buat yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, si dia lah satu-satunya tempat kita bergantung. Lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak bersama. Lebih susah jadinya.

Tetapi ingatlah kita perlu kuatkan semangat dan tetapkan pendirian. Ingat apa yang kita buat ini adalah untuk kebahagiaan kita sendiri. Si dia bukan orang yang baik. Si dia bukanlah orang yang sama kita kenal dahulu.

Masa inilah kita patut bergaul dengan ramai orang, rapatkan diri dengan ahli keluarga serta sahabat-sahabat. Mulakan kenalan baru. Biarkan diri kita di kelilingi hubungan yang positif, yang membangunkan kita dan bukannya menghancurkan kita.

Kredit foto: popsugar.com

Artikel Berkaitan

Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!

Jangan buang banyak waktu di media sosial!

...
3 months ago
aisyahbadrull
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad