Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah
aisyahbadrull

NAMA pelakon Farah Nabilah, sudah tak asing lagi dalam industri seni tanah air kita . Mana tidaknya, wajah Farah yang jelita sudah banyak menyeri dalam pelbagai drama popular dan jenama-jenama terkemuka. Antaranya adalah drama pendek McDonald’s yang iaitu Mocha Kau Bahagia di mana Farah membawa watak sebagai barista di McCafe.

Hujung Disember lepas, kecoh dengan berita pelakon berusia 28 tahun ni menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan iaitu Amirul Yunus. Apa yang lebih menarik lagi, sebanyak 5 majlis resepsi telah dijalankan. Wah! Betul-betul meriah majlis meraikan cinta Farah dan pasangan ya.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian kami adalah, majlis bridal shower Farah yang dilakukan oleh rakan-rakan rapatnya di McDonald’s kelihatan sangat meriah! Persiapan majlis semuanya sangat sempurna dengan ruang dan dekorasi yang sangat cantik mengikut tema majlis.

Selain inginkan kelainan, lokasi ini turut dipilih kerana kemudahan fasiliti, ruang dan servis yang diberikan cukup lengkap, sama seperti di hotel terkemuka atau ruang majlis popular yang lain. Paling istimewa, kita juga boleh pilih tema dan dekorasi mengikut kesesuain majlis. Segalanya dibantu oleh pihak McDonal’s bagi memastikan kesempurnaan majlis.

Siapa cakap McDonald’s hanya menyediakan ruang untuk parti hari jadi kanak-kanak sahaja?

Sudah tentulah tak lengkap majlis kalau tak ada pemanis mulut, kan? Segala macam pemanis mulut seperti kek cawan, kek dan macaroons yang ditawarkan di McCafe turut dihidangkan semasa majlis Farah ini.

Ruangan majlis yang disediakan oleh McDonald’s bukan sahaja untuk majlis ‘Bridal Shower’ tetapi untuk majlis yang lain-lain juga. Misalnya, majlis hari jadi, reunion atau ‘baby shower’ yang bakal Farah langsungkan di sini, #eh!

Apa pun, beruntung Farah dapat kawan yang letak 100% usaha dalam menjayakan surprise bridal shower unik dan istimewa untuknya di McDonald’s.

Selamat pengantin baru Farah! Semoga Farah dan pasangan, kekal hingga ke jannah serta dikurniakan zuriat yang comel dan soleh solehah.

Anda juga boleh mencipta momen indah ini serendah RM200. Kunjungi McDonald’s berdekatan atau layari www.mcdonalds.com.my/parties

Artikel Berkaitan

Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

2 months ago
umirrasahad
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull