Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!
umirrasahad

APABILA kewangan sudah kukuh, umur pun sudah sedang elok, dah tentulah kita mahu melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup – berkahwin. Tetapi haruslah diingat, ada 5 perkara yang boleh membatalkan niat kita untuk membina masjid dengan si cinta hati.

1. Seorang wanita yang berkahwin ketika dia masih lagi berstatus isteri orang lain


Image result for hafiz hamidun joy revfa
Kredit foto: twitter.com

Jika berlaku situasi seperti ini, secara automatiknya perkahwinan baru itu terbatal dan pasangan itu perlu bercerai kerana wanita itu masih lagi isteri orang. Kecuali, jika ada pengakuan daripada suami terdahulu yang mengatakan dia sudah pun menceraikan isterinya. Walaupun wanita itu telah lama dinikahi dan beranak-pinak kemudiannya baru dapat tahu dia sebenarnya isteri orang, maka wajiib bagi suami baru itu menceraikannya.

2. Seorang wanita yang dinikahi ketika masih dalam iddah



Tempoh iddah bagi seorang wanita yang bercerai hidup atau kematian suami berbeza-beza mengikut situasi dan keadaan ketika perkara itu berlaku. Jika wanita itu dinikahi ketika masih dalam tempoh iddah, pernikahan itu perlu dibatalkan supaya tidak timbul fitnah atau salah faham jika wanita itu didapati sedang mengandung kelak. Masalah pula hendak memastikan janin itu milik siapa!

3. Perkahwinan yang dilaksanakan tanpa wali



Wali adalah antara syarat wajib dalam rukun nikah. Maka pernikahan seorang wanita tanpa kehadiran wali atau wakil yang telah dilantik seperti wali hakim boleh menyebabkan pernikahan itu terbatal serta-merta.

4. Perkahwinan yang dipaksa


Image result for goong kdrama wedding scene
Kredit foto: dailymotion

Perkahwinan yang dibina perlulah atas persetujuan semua pihak, terutamanya lelaki dan wanita yang menikah itu sendiri. Namun seringkali terjadi pernikahan yang bukan atas kerelaan sebelah pihak, terutamanya wanita itu sendiri kerana desakan keluarga.

5. Perkahwinan pasangan yang sama jantina tanpa tahu cerita sebenar



Dengan arus pemodenan sekarang ini, kadangkala sukar buat kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu adalah tulen atau pun tidak. Bukan sahaja rupa paras, malahan alat sulit juga boleh diubah sekarang ini. Jika terjadi pernikahan sama jantina seperti ini dan kemudiannya barulah dapat tahu bahawa mereka sebenarnya sama jantina, maka perlulah ia dibatalkan dengan segera. Bukan sahaja salah dari segi agama, malah ia dianggap kes penipuan dan aniaya kepada individu tersebut!

Namun jika masing-masing tahu jantina sebenar pasangan tetapi tetap ingin meneruskan pernikahan tersebut, maka tidak perlu dibatalkan kerana pernikahan itu sememangnya tidak sah sejak awal lagi!

Jika terjadi salah satu daripada 5 perkara ini, maka perkahwinan yang dibina itu adalah tidak sah dan dianggap terbatal. Oleh itu pastikan sebelum kita lebih serius membuat persiapan atau meneruskan perhubungan, kesemua perkara ini tidak ‘dilanggar’ ok? hancurlah hati, meranalah badan nanti!

Kredit foto: thefangirlverdict.com

Artikel Berkaitan

9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam

Fahami jenis-jenis pernikahan yang dilarang dal...

2 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull