Apa Definisi Sebenar Sebuah Perkahwinan Sempurna?
aisyahbadrull

SETIAP bakal mempelai pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang serba sempurna untuk dijadikan memori indah hingga penghujung usia.

Dari aspek persiapan perkahwinan, kita semua pasti menginginkan semua yang dirancang berjalan dengan baik dan teratur. Segala persiapan perlu direncanakan lebih awal demi memastikan lokasi dapat dipilih dengan tepat beserta hiasan yang indah, jamuan yang enak serta kehadiran keluarga dan teman rapat untuk berkongsi saat istimewa yang hanya dirasai sekali seumur hidup ini.

Namun, adakah semua perkara yang dinyatakan di atas ini sudah boleh didefinisikan sebagai sebuah perkahwinan yang sempurna? Perkara ini telah dikupas menerusi filem sesawang The Perfect Wedding terbitan PETRONAS.

Filem sesawang yang diilhamkan menerusi kesinambungan enam filem sesawang PETRONAS terdahulu berkisarkan tentang persediaan sebuah majlis perkahwinan yang penuh dengan kejadian yang tidak disangka. Walaupun huru-hara, ia menyatukan semua ahli keluarga sehinggalah tetamu berbilang kaum.

Karya ini merupakan filem sesawang ketujuh terbitan PETRONAS selain daripada Heart yang ditayangkan sempena Tahun Baru Cina, Kinoulian (Kaamatan), Baju Burung Apai (Gawai), Rendang SoRaya (Aidilfitri), UNI (Hari Kebangsaaan dan Hari Malaysia) dan Thanggam (Deepavali).

Pengarah filem sesawang ini, Ismail Kamarul atau lebih dikenali sebagai Smiley memberitahu, The Perfect Wedding mengetengahkan tema semangat kebersamaan dan raikan cinta.

“Kami memilih tema perkahwinan kerana ia sesuai dengan mesej yang mahu kami sampaikan iaitu tidak kira pada waktu susah atau senang, kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia dan kita adalah anugerah buat satu sama lain,” 

Menerusi filem sesawang ini juga, Smiley ingin menekankan bahawa sebuah perkahwinan yang sempurna tidak terletak kepada persediaan majlis semata malah, kebersamaan antara keluarga dan jiran tetangga menjadi aspek utama sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan dengan sempurna.

Bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan filem sesawang The Perfect Wedding, anda boleh tonton di laman YouTube rasmi PETRONAS.

Artikel Berkaitan

Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

4 months ago
aisyahbadrull
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

4 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

4 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

4 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

4 months ago
umirrasahad