7 Tahun Menyulam Cinta, Sifat Penyabar Amirul Berjaya Cairkan Hati Farah Nabilah
aisyahbadrull

KALAU sudah jodoh tidak akan ke mana. Selepas tujuh tahun menyulam cinta, Farah Nabilah Saipuddin, 27, akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujang bersama pilihan hatinya, Mohammed Amirul Yunus, 28. Siapa sangka, dalam diam wanita ini menyimpan kemas tentang perhubungan cinta yang sudah terjalin bertahun lamanya.

Menurut Farah, dia sama sekali tidak berniat untuk merahsiakan hubungan bersama Amirul. Baginya, tiada apa yang perlu dihebahkan kerana mereka tetap melakukan perkara yang sama seperti pasangan bercinta yang lain. Selain itu, Farah hanya ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon dan tidak berminat untuk menjaja kisah peribadi.

Detik awal perkenalan

Kredit Foto: mynewshub.tv

Berkongsi tentang detik awal perkenalannya bersama Amirul, sahabat baik Farah iaitu Izara Aishah merupakan “match maker” yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada jejaka itu. Namun pada ketika itu Farah tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan yang serius kerana baru putus cinta dan patah hati.

“Sebenarnya, Izara Aishah yang memperkenalkan Amirul kepada saya. Tetapi pada waktu itu saya masih belum bersedia untuk bercinta kerana baru sahaja putus cinta. Walaupun pada waktu itu saya jual mahal, Amirul tidak berputus asa untuk mengenali saya. Rupa-rupanya Amirul sudah lama mengikuti (follow) saya di Instagram,” ujar pelakon drama Kau Yang Pertama ini.

Sifat Amirul yang penyabar dan memahami

Tidak semua orang mampu memahami kerjaya seseorang yang bergelar pelakon. Namun sifat Amirul yang penyabar dan sangat memahami berjaya menambat hati Farah untuk menerima lelaki itu di dalam hidupnya. Tidak hairanlah pasangan ini berjaya mengharungi fasa bercinta tujuh tahun lamanya.

“Apa yang penting, dia pandai mengambil hati kedua ibu dan bapa saya dengan sifat penyabarnya. Sampai satu tahap saya rasa ibu dan bapa saya lebih menyayangi Amirul berbanding saya,” ujar Farah berseloroh.

Pasangan ini bakal bernikah pada 20 Disember di lokasi yang akan dikongsikan oleh Farah nanti.

Artikel Berkaitan

Selepas 8 Tahun Sendiri, Sasha Saidin Kahwin Kali Ketiga

Tahniah Sasha Saidin!

2 months ago
umirrasahad
Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Tahniah Mona Kampung People!

3 months ago
umirrasahad
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Farah Nabilah & Amirul Yunus Ala Bollywood

Majlis resepsi bertemakan Bollywood yang penuh ...

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Izara Aishah Bangga Jadi Matchmaker Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Siapa sangka, pertemuan yang diatur oleh sahaba...

3 months ago
aisyahbadrull