6 Tugas Bridesmaids Yang Ramai Tak Tahu
umirrasahad

DALAM kebanyakan majlis perkahwinan Melayu zaman sekarang ini, kita akan dapat melihat sekumpulan gadis yang akan berpakaian sedondon, berjalan mengiringi pengantin perempuan dan selalunya dengan membawa dulang hantaran.



Tugas bridesmaids bukanlah sekadar pakai cantik-cantik untuk angkat dulang hantaran sahaja.


Kehadiran bridesmaids dalam majlis perkahwinan sebenarnya ‘diadaptasi’ daripada budaya Barat. Peranan dan tanggungjawab mereka semasa majlis berlangsung lebih kurang sama, cuma diubah sedikit mengikut kesesuaian budaya masyarakat kita.

1. Libatkan diri dalam persiapan majlis



Hadirkanlah diri jika diperlukan semasa raptai majlis. Tak adalah kita merosakkan majlis kawan sendiri nanti jika tak tahu susun aturcara majlis. Ringan-ringankan mulut bertanya apa lagi persiapan majlis yang belum diselesaikan dan bantulah pengantin yang sedang stres itu.

2. Pemegang amanah



Pastikan sebelum majlis bermula, pegang telefon bimbit pengantin yang sedang bersiap itu. Bukan apa, tidaklah kelam-kabut si pengantin masa nak bersiap, masa itu jugalah banyak Whatsapp dan panggilan masuk bertanyakan lokasi majlis, mengucapkan tahniah, mencari barang dan macam-macam lagi.

3. Ringankan tulang



Jika ternampak pengantin atau ahli keluarganya memerlukan bantuan semasa majlis, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu. Janganlah duduk berselfie sahaja dengan bridesmaids yang lain. Ingat apa tujuan pengantin meminta korang menjadi bridesmaids mereka!

4. Pastikan pengantin kenyang



Bila dalam kekalutan nak bersiap, pengantin lazimnya akan tak sempat makan atau minum. Terpaksalah tunggu sampai sesi makan beradab baru nak mengisi perut, tetapi diganggu pula dengan orang yang mahu bergambar. Jadilah sahabat atau bridemaids sejati dengan mengingatkan pengantin untuk makan dahulu sebelum bersiap. Atau lebih baik lagi, siapkan makanan terus depan mata mereka!

5. Jaga penampilan pengantin



Walaupun ini lebih kepada tugas seorang pengapit, namun apa salahnya bantu sekali kawan kita itu. Pastikan mekap pengantin tidak capuk, hulurkan tisu atau span mekap kepada mereka untuk lap peluh. Selain itu, baju pengantin itu sudah tentulah kainnya meleret-leret jadi tolonglah angkatkan sedikit kainnya semasa berjalan supaya tidak dipijak orang secara tak sengaja. Naya nanti!

6. Kenalpasti keluarga pengantin



Bukan apa, senanglah nanti kalau ada yang tercari-cari terutamanya ketika sesi bergambar bersama keluarga, korang bolehlah bantu juga. Tak perlulah hafal sehingga keluarga besar pengantin, cukup sekadar ibu bapa, adik-beradik dan keluarga terdekat.



Ikutilah semua tanggungjawab yang disenaraikan di atas untuk menjadi bridesmaids terulung!

Kredit foto: pluggedin.com

Artikel Berkaitan

Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

2 months ago
umirrasahad
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

2 months ago
aisyahbadrull
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

2 months ago
umirrasahad
Jangan Berkahwin Dahulu Jika Anda Belum Yakin Tentang 3 Hal Ini

Bersediakah anda?

2 months ago
aisyahbadrull
Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

2 months ago
aisyahbadrull
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

2 months ago
aisyahbadrull