6 Sebab Tahun Pertama Perkahwinan Paling Mencabar
umirrasahad

KATA orang, tahun pertama perkahwinan itu yang paling banyak dugaan. Tetapi ramai pasangan yang baru berkahwin tidak bersetuju dengan fakta ini.

Mungkin kerana ada yang sudah mengenali pasangan mereka bertahun lamanya atau ada juga yang asyik dilamun cinta walau baru kenal setahun dua sehingga tak pernah langsung bergaduh! Jadi apa yang membuatkan segalanya berubah selepas ijab dan kabul?

1. Bukan fasa dating dah.



Pertama kali mengenali si dia sehinggalah ke jinjang pelamin, kita dalam fasa dating. Semuanya indah di fasa ini, bila merajuk cepat-cepat dipujuk, hampir setiap hari keluar dating dan sentiasa buat kejutan atau perkara yang romantis. Namun selepas berkahwin, rata-rata pasangan akan rasa dah ‘selamat’ atau ‘terjamin’. Tak perlu susah-payah, kalau gaduh pun, suka atau tidak tetap kena menghadapnya di rumah.


Teruskan dating selepas berkahwin. Kunci kebahagiaan rumah tangga. Bukan untuk siapa-siapa pun, tetapi untuk orang yang kita sayang juga.


2. Kita letak harapan tinggi sangat.



Selepas berkahwin, sedar atau tidak, kita mengharapkan sesuatu yang lebih atau meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasangan, begitu juga si dia terhadap kita. Sebagai contoh, siapa yang kena uruskan kerja rumah? Siapa yang patut bayar bil? Macam-macam lagilah! Kadangkala persoalan sebegini jawapannya terang lagi jelas di depan mata untuk kita, tetapi tidak kepada si dia kerana perbezaan gaya hidup, cara kita dibesarkan, minat dan sebagainya.

Lepas kahwin terus bincangkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga, supaya kita faham dan tahu apa yang perlu dijangkakan.

3. Perbelanjaan ditanggung bersama.



Kebanyakan pasangan akan berkongsi membayar tanggungan dan perbelanjaan rumah tangga bersama. Tetapi cara kita berbelanja mungkin tidak sama dengan si dia. Sebelum berkahwin memanglah tak jadi masalah kerana kita tidak berkongsi tanggungjawab dan tanggungan yang sama. Tetapi ianya akan mengundang masalah selepas kahwin.

4. Susah elakkan pergaduhan.



Mungkin selama ini kita dapat elakkan daripada topik yang sensitif atau berat dengan si dia, tetapi semua ini berubah selepas berkahwin kerana kita terpaksa berdepan dengannya di rumah. Kadangkala masalah kecil seperti tidak menggantung tuala di tempat sepatutnya selepas mandi pun boleh mengundang gaduh besar! Dan bila isu yang dianggap kecil ini tidak diatasi dan dipendam sahaja, perasaan dendam atau suka mengungkit akan terjadi.

5. Dua keluarga bergabung.



Setelah terlafaznya ijab dan kabul, si dia bukan sahaja menjadi yang sah untuk kita, bahkan keluarganya juga menjadi keluarga kita. Sudah tentulah bukan perkara mudah untuk dua keluarga yang berbeza cara hidup, pendapat atau latarbelakang untuk bergabung. Mungkin ada amalan atau tradisi dalam keluarga kita yang sukar difahami dan diterima oleh si dia, begitu juga sebaliknya. Perbezaan ini mungkin akan merapatkan atau meretakkan hubungan yang baru terjalin.

6. Hamil dan anak.



Baru saja berkahwin, kita dikurniakan rezeki untuk menimang anak. Belum sempat untuk betul-betul sesuaikan diri dengan perubahan dalam rumah tangga, ada pula anak yang perlu diberi perhatian. Kadangkala kita terlalu fokus kepada anak hingga terlepas pandang tanggungjawab terhadap si dia. Begitu juga dengannya, pendamkan saja kerana memikirkan anak perlu diberi keutamaan sehingga keperluan diri sendiri terabai.

Fasa pertama perkahwinan memanglah bukan mudah, tetapi tidak mustahil untuk menjadikannya detik terindah dalam kehidupan berumah tangga. Apa yang penting? Kompromi, rasa tanggungjawab dan sentiasa berbincang dengan pasangan demi kebahagiaan bersama!

Kredit foto: moviesanywhere.com

Artikel Berkaitan

Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull