5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah
umirrasahad

SEMUA pasangan pun ada masalah mereka sendiri. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita berbalah. Itulah namanya lumrah kehidupan.

Tempoh perkahwinan atau perkenalan yang lama tidak menjanjikan yang sesuatu perhubungan itu tiada masalah. Hanya cara kita menangani sesuatu masalah itu yang menentukan perhubungan itu berkekalan atau putus di tengah jalan.

Jadi elakkanlah 5 perkara ini dalam perhubungan:

1. Suka menilai



Buruknya apabila kita menilai pasangan sendiri ini ialah, kita akan hanya nampak keburukan berbanding kebaikan pasangan. Sentiasalah ingat, kita dan pasangan dibesarkan dalam keluarga yang berbeza suasana dan ajaran daripada ibu bapa masing-masing. Jadi, mungkin ada perkara yang pasangan kita buat tetapi tidak berapa kena dengan cara mengikut kebiasaan kita. Maka janganlah cepat melenting, cuba selesaikan perbezaan ini dengan baik terlebih dahulu. Beri peluang kepada pasangan dan diri kita sendiri untuk mencari kesesuaian.

2. Bersikap terlalu defensive



Adakalanya kita tidak sedar yang kita sendiri cepat melatah bila dikritik dan berang bila ditegur. Mungkin juga pasangan kita yang begini perangainya. Pantang ditegur sikit, terus melenting. Ingat, kita ni nak bersama pasangan untuk tempoh yang lama. Siapa lagi yang sanggup terima sisi positif dan negatif kita kalau bukan pasangan sendiri kan? Jadi cuba kawal diri tu sebelum menyesal di kemudian hari. Belajar menjadi pendengar yang baik dahulu sebelum mengharapkan orang lain mendengar pendapat kita pula.

3. Memandang rendah

Walaupun kita tak ada niat untuk riak, namun tanpa kita sedar kita telah melukakan hati pasangan.


“Kenapa awak dah gemuk sangat ni? Diet lah! Asyik makan je!”. Ayat yang mungkin tidak membawa sebarang makna kepada kita ini tanpa kita sedar membuatkan pasangan kita terus emosi merudum dan rasa terhina.


Mungkin pasangan kita terlalu stres dengan kita sehingga berat badan naik mendadak, siapa tahu? Pernahkah kita terfikir sebegitu?

4. Mengelakkan komunikasi



Merajuk ini kadangkala perlu dalam perhubungan. Namun merajuk yang ekstrim pula boleh memudaratkan. Contohnya apabila timbul perbalahan antara kita dengan pasangan, lalu kita merajuk dan elak daripada bercakap atau berhubung dengan pasangan. Tak balas Whatsapp, tak jawab panggilan atau tak hiraukan pasangan di rumah. Realiti kehidupan bukanlah umpama drama Korea. Tetapi realitinya lelaki takkan faham jika perempuan tidak beritahu perkara sebenar. Jadi buangkan ego, kurangkan merajuk – berkomunikasi seperti orang dewasa, jangan berperangai seperti kanak-kanak!

5. Fokus kepada perkara negatif



Janganlah selalu merungut tentang keburukan pasangan. Kemudian membandingkan pula dengan orang lain. Ini tidak membantu dalam perhubungan. Kita akan terus rasa tidak puas hati dan pasangan sudah tentu tidak akan berubah. Ingat kembali kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan. Baik atau buruk, itulah yang kita pilih sebagai pasangan. Mungkin dia tidak kaya tetapi hatinya baik. Mungkin dia tidak pandai masak tetapi sangat bertanggungjawab dan caring. Fokus kepada perkara positif tentang pasangan yang membuat kita rasa bahagia.

Tiada manusia yang sempurna. Cukup jika pasangan dapat melengkapkan kita, bukannya sempurna. Jika seseorang itu sudah cukup sempurna, dia tidak perlukan pasangan untuk melengkapkan dirinya, kan?

Sumber & kredit foto: iluminasi.com & medium.com

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

4 months ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

4 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

4 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

4 months ago
aisyahbadrull
Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!

Jangan buang banyak waktu di media sosial!

...
4 months ago
aisyahbadrull