5 Perkara Yang Boleh Rosakkan Hubungan Dengan Si Dia
umirrasahad

SIAPA tak nak hubungan yang dibina sekian lama berkekalan hingga ke akhir hayat, bukan? Kita semua mahukan hubungan yang harmoni, aman dan penuh kasih-sayang dengan pasangan kita, namun tidak dinafikan kadangkala kita ‘terleka’ seketika dan hilang fokus dengan apa yang penting dalam memastikan hubungan berkekalan.

Bagi memastikan hubungan romantis kita dengan si dia kekal bahagia, kita perlulah jauhi tabiat atau perangai buruk dan ‘tidak sihat’ dalam perhubungan kita itu. Ini beberapa contoh tabiat buruk yang perlu dielak:

1. Tidak tunjuk kita hargai si dia



Tak perlu berlebihan pun, cakap terima kasih bila si dia belanja menonton wayang atau puji masakannya untuk kita contohnya, itu pun sudah memadai untuk si dia rasa dihargai. Namun jika dalam hubungan itu kita tidak mengamalkan perkara ini, nescaya akan mengundang lebih banyak konflik dan rasa tidak puas hati.

2. Tidak luangkan masa dengannya



Untuk yang sudah berumah tangga, mudah untuk kita merasakan “Ala, dah duduk serumah tu kira luangkan masa bersama jugaklah.”. Salah ya! Duduk menonton Netflix bersama di rumah selepas seharian bekerja tidak cukup untuk dikategorikan sebagai masa kualiti bersama. Tetapi keluar makan malam bersama, menonton wayang atau pergi bercuti di hujung minggu – inilah antara contoh meluangkan masa berkualiti bersama si dia.

3. Tidak meletakkan sempadan



Memanglah seronok bila kawan-kawan atau ahli keluarga datang berkunjung ke rumah, bersembang. Namun jika kita sudah berumah tangga, kita mestilah meletakkan sempadan atau had. Tak salah datang ke rumah, tetapi bukanlah selalu atau mungkin lepak di kedai mamak berbanding di rumah yang lebih privasi. Bukan itu sahaja tetapi banyak perkara lain seperti hal rumah tangga juga kita perlulah tahu setakat mana boleh kita kongsikan dengan orang luar.

4. Tidak ‘bergaduh’ dengan adil



Cara paling cepat untuk merosakkan hubungan kita dengan si dia ialah dengan bergaduh cara kasar. Contohnya seperti suka mengungkit benda yang telah lalu hanya untuk mengalihkan perhatian daripada punca pergaduhan sekarang, atau pun untuk membalas dendam atas apa yang si dia pernah lakukan kepada kita sebelum ini.

5. Ada unrealistic expectations



Kita tidak seharusnya ada unrealistic expectations terhadap si dia. Contohnya menyuruh si dia yang gempal untuk kurus dalam masa kurang sebulan! Atau meminta si dia membuang tabiat merokok dalam masa singkat. Ini hanya akan membuatkan kita dan si dia sama-sama kecewa, marah dan berdendam. Tak salah nak meletakkan harapan kepada si dia, tapi pastikanlah ianya realistik dan boleh dicapai ok?

Kredit foto: womenshealthmag.com

Artikel Berkaitan

Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull