Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?
umirrasahad

RAMAI di antara kita yang sebenarnya dalam abusive relationship. Ada yang tidak sedar, tetapi ada juga yang sedar namun tetap meneruskan perhubungan itu. Kononnya masih sayang, percaya si dia akan berubah satu hari nanti dan sebagainya.



Ini semua hanyalah alasan yang kita berikan kepada diri kita sendiri kerana hakikatnya kita takut untuk keluar daripada hubungan itu.


Abusive relationship bukan sahaja melibatkan fizikal, malah emosional, kewangan, verbal dan juga seksual. Bangkit dan sedarlah jika kita dalam hubungan seperti ini.

1. Penderaan fizikal



Situasi ini terjadi apabila pasangan kita menggunakan kekerasan pada tubuh badan kita seperti memukul, menendang, sepak dan sebagainya. Kadangkala memanglah tidak meninggalkan kesan lebam di tubuh badan. Namun hakikat yang si dia dengan sengaja ingin mencederakan kita itu sudah menunjukkan ianya bukanlah hubungan yang patut kita teruskan.

2. Penderaan seksual



Ini berlaku apabila si dia memaksa kita untuk melakukan sesuatu secara seksual untuk kepuasan dirinya. Hanya kerana kita tidak berkata ‘tidak’ bukan bermakna kita setuju dan merelakan. Jika kita tidak menolak atau diam di saat perkara ini terjadi juga merupakan satu bentuk abusive relationship yang si lakukan terhadap kita, kerana kita takut dicederakan jika kita bersuara.

3. Penderaan emosi



Menghina, mengawal setiap gerak-geri, over protective – ini antara penderaan emosi yang si dia lakukan dalam hubungan yang seringkali kita tidak nampak atau sedar. Ini kerana kita merasakan si dia membuat ini semua sebab sayangkan kita. Tidak!

4. Penderaan digital



Si dia memanfaatkan teknologi seperti media sosial untuk buli dan mengintai aktiviti kita. Tak kurang juga yang berkongsi artikel atau apa sahaja di media sosial untuk ditujukan kepada kita, walaupun tidak menyebut nama kita di situ. Si dia juga akan menentukan siapa yang patut kita kawan atau ‘follow’ di media sosial, selain ingin mengetahui password akaun media sosial kita.

5. Penderaan kewangan



Segalanya tentang kewangan diaturkan oleh si dia. Contohnya apa yang perlu dibeli dan tak perlu dibeli dengan duit kita sendiri. Si dia juga ingin tahu status akaun bank kita, memaksa kita membelikan sesuatu menggunakan duit kita atau mengambil duit kita tanpa izin dan pengetahuan kita sendiri.



Lima bentuk penderaan ini adalah tanda bahawa kita sudah terjebak dalam abusive relationship. Usahakan dan segeralah cuba untuk keluar daripada hubungan toksik ini kerana ia bukanlah tanda cinta dan sayang. Jangan mencipta alasan untuk si dia, utamakan keselamatan dan kebahagiaan kita dahulu, barulah kita boleh membahagiakan orang lain di sekeliling kita.

Kredit foto: hotcorn.com

Artikel Berkaitan

Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!

Jangan buang banyak waktu di media sosial!

...
3 months ago
aisyahbadrull
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad