4 Tip Bercinta Di Tempat Kerja
umirrasahad

KEBANYAKAN daripada kita bekerja 5 hari seminggu, jam 9 pagi hingga 6 petang. Dek kerana ini, kehidupan sosial dan profesional kita sering bertembung. Hubungan yang terjalin kesan daripada ini juga mungkin berkembang menjadi lebih daripada sekadar rakan sekerja. Jaga-jaga! Jika anda merasakan mula tertarik dengan rakan sekerja, ikuti tip di bawah ini.

1. Fikir banyak kali sebelum memulakan hubungan

Memulakan hubungan cinta mungkin baik untuk kehidupan sosial anda, tetapi ia mungkin boleh merosakkan kerjaya anda. Macam mana kalau ia tidak berakhir dengan baik? Secara logiknya anda patut elakkan hubungan dengan rakan sekerja. Tetapi selalunya pemikiran logik ini tidak diendahkan bila sudah dilamun cinta.



Selidik jika polisi di tempat kerja membenarkan anda menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja. Jika ya, tangguhkan dulu first date itu sehingga salah seorang daripada kalian mendapat kerja di tempat lain. Tak berbaloi menjalinkan hubungan secara rahsia jika ia boleh menjejaskan periuk nasi anda. Jika tiada polisi seperti itu, pertimbangkanlah jika hubungan itu boleh menjejaskan kerja kalian sendiri dengan orang lain. Mungkin pernah ada kejadian seperti itu sebelum ini, yang membuatkan rakan sekerja lain menyampah dengan office romances.

2. Jangan terlalu ‘kecoh’

Jika anda dan si dia membuat keputusan untuk meneruskan hubungan, janganlah ‘ditayang’ hubungan itu di tempat kerja. Rakan sekerja lain yang gembira untuk kalian pada mulanya mungkin jadi menyampah atau meluat.



Jaga privasi hubungan di tempat kerja, supaya tidak menjejaskan kerja anda dengan orang lain atau mungkin membuatkan mereka rasa tidak selesa. Bukanlah bermaksud anda perlu berbohong tentang hubungan itu, cuma tidak perlulah tunjuk pada semua orang macam korang sahaja yang sedang hangat bercinta. Kalau jadi bahan gosip mak cik bawang janganlah marah pula!

3. Tetapkan ‘peraturan’ dalam hubungan

Nampak macam mudah, tetapi jangan lupa untuk tetapkan beberapa ‘peraturan’ dalam perhubungan yang dipersetujui kedua-dua pihak, dan jangan lupa untuk membuat exit plan jika hubungan itu tidak menjadi.



Perlukah dirahsiakan hubungan itu? Elakkan daripada sampai ke tempat kerja dan pulang pada masa yang sama? Makan tengah hari bersama atau tidak? Semua ini perlu difikirkan dan tetapkan mengikut persetujuan bersama.

Tiada siapa inginkan perhubungan yang terjalin terkandas di tengah jalan. Namun ini sesuatu yang perlu anda fikirkan jika bercinta dengan rakan sekerja. Lainlah kalau anda atau si dia sanggup berhenti kerja, tetapi terpaksa melihat bekas kekasih setiap hari di tempat kerja yang sama memang perit!

4. Jangan campur aduk perasaan dengan kerja

Ini pasti akan berlaku jika anda dan si dia dalam satu jabatan. Lebih elok jika elakkan hubungan romantis tetapi jika anda teruskan juga, pastikan urusan kerja tidak dibayangi perasaan terhadap masing-masing.



Sebagai contoh, susah untuk anda kritik hasil kerja si dia walaupun peranan anda di tempat kerja menuntut anda berbuat demikian. Terpaksa mendengar arahan daripada pasangan yang berkedudukan lebih tinggi daripada anda di tempat kerja juga boleh menyebabkan masalah terjadi. Jangan sampai rakan sekerja yang lain rasa ada berlaku ketidakadilan pula!

Bercinta dengan rakan sekerja itu tidak mustahil, cuma anda dan si dia perlulah kenalpasti baik buruk keadaan jika hubungan itu diteruskan demi kebaikan semua pihak. Fikirkan dulu jika risikonya berbaloi, ok?

Kredit foto: wall.alphacoders.com

Artikel Berkaitan

Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad