4 Idea Dating Tanpa Smartphone
umirrasahad

KITA habiskan majoriti masa kita dalam sehari dengan gajet, tak kiralah smartphone, komputer atau televisyen. Kemajuan teknologi itu bagus, tetapi malangnya ia juga salah satu penyebab hubungan kita dengan si dia selalu bermasalah.

Si dia tengah bercakap tapi kita sibuk dengan smartphone di tangan. Kita lebih ‘berhubung’ dengan orang dalam media sosial berbanding di depan mata.

Jadi untuk elakkan gajet menguasai hubungan kita dengan orang lain, apa kata kita cuba ajak si dia date tanpa gajet?

1. Belajar memasak

Korang tak pandai masak. Peralatan memasak pun tak berapa kenal, ini kan pula nak goreng sayur dan masak kari ayam! Inilah masanya untuk keluar daripada zon selesa korang dan daftarkan diri untuk kelas memasak ekspres! Mulakan dengan hidangan kegemaran seperti masakan Thai, Barat atau apa sahaja.



Percayalah, semua perangai kita dan pasangan akan terdedah semasa memasak. Macam mana kita terima kritikan atau pujian, mendengar arahan atau cadangan, dan siapa yang akan mengetuai sesi memasak itu antara korang berdua. Apa yang penting? Kerjasama!

2. Pergi spa



Memandangkan kita memang tak dibenarkan untuk bawa smartphone semasa sesi spa dijalankan, maka ini memang pilihan terbaik untuk screen-free date beberapa jam. Berbagai jenis spa yang ada, pilih nak yang mana. Jangan lupa periksa dahulu promosi dan tawaran yang ada dalam aplikasi seperti Fave, SuperDeal dan banyak lagi.

3. Daki bukit



Ajak si dia pergi mendaki bukit atau hiking. Banyak tempat korang boleh pergi contohnya Bukit Broga, Bukit Gasing, Gunung Nuang, KL Forest Eco Park dan banyak lagi. tetapi jika korang baru pertama kali nak pergi, eloklah kalau pergi dengan orang yang sudah berpengalaman dan mulakan dengan tempat yang mudah dahulu sebelum memilih yang lebih susah didaki dan lebih adventure ok?

4. Pergi staycation

Ini mungkin lebih sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin. Tak cukup masa nak pergi bercuti jauh? Tak ada masalah, staycation je! Sekali-sekala nak angin baharu, pemandangan baharu, kan? Paling penting, tak payah pening kepala siapkan sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Tak perlu kemas bilik! Fokus sahaja kepada tujuan asal – kembalikan kehangatan hubungan bersama pasangan.



Sekali-sekala, kita perlu ‘lari’ daripada semua kesibukan dalam kehidupan seharian seperti kerja, keluarga, kawan-kawan dan gajet. Hanya fokus kepada hubungan dengan si dia buat seketika. Barulah kita sama-sama rasa dihargai dan disayangi selalu!

Kredit foto: nytimes.com

Artikel Berkaitan

Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad