3 Sisi Positif Mempunyai Pengganti Baharu Selepas Putus Cinta
aisyahbadrull

MENEMUI pengganti baharu dalam masa yang singkat pasti akan dilihat sebagai satu perkara negatif di mata sesetengah orang. Dalam kepala mereka pasti akan berfikir kita sudah menemui pengganti sebelum berpisah dengan kekasih sebelumnya. Biasalah, kita tidak akan boleh menutup mulut orang lain daripada berkata-kata.

Sebenarnya, mempunyai pasangan baharu dalam masa yang singkat tetap juga mempunyai sisi positifnya. Nak tahu tak?

Merawat kesedihan selepas berpisah

Bukan satu perkara yang salah jika seseorang yang sedang kecewa jatuh cinta dengan orang yang mampu untuk membuatnya tersenyum semula. Mengambil masa yang lama ataupun singkat adalah pilihan kita sendiri. Lakukan apa sahaja yang boleh bahagiakan diri sendiri.

Menerima sokongan daripada orang yang prihatin tentang kita

Bersedih dalam tempoh yang lama tidak bagus untuk kesihatan mental. Di saat kita sedang bersedih dan ada seseorang yang sudi memberi sokongan dan bersikap prihatin terhadap kita, apa salahnya jika kita buka hati kita kepada si dia. Dengan adanya orang yang sering memberi semangat kepada kita, secara automatik perkara ini akan memberi pengaruh yang positif kepada kehidupan dan karier kita.

Jangan ditunggu kalau sudah berkenan di hati

Jika si dia yang datang telah berjaya menawan hati anda, jangan ditangguhkan lagi perasaan yang kian mekar hanya kerana memikirkan kesedihan tentang kekasih lama. Jangan sia-siakan kesempatan yang ada. Kehidupan kita sememangnya penuh dengan warna-warni dan teka-teki yang tidak diduga. Sebagai manusia, tugas kita hanyalah menjalani kehidupan ini dengan sebaiknya.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memulihkan kesedihan, mencari sumber inspirasi yang baru dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh kebahagiaan. Pendapat dan umpatan orang lain belum tentu benar dan jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang negatif. Anda yang berhak menentukan kebahagiaan anda sendiri.

Kredit foto: The List

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

2 months ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

2 months ago
umirrasahad
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

2 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

2 months ago
aisyahbadrull