3 Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Berlaku Curang
aisyahbadrull

CURANG merupakan satu istilah untuk individu yang mengkhianati dan berlaku tidak jujur kepada pasangan mereka. Sesetengah orang berpendapat bahawa curang merupakan sebuah penyakit hati kerana orang yang berlaku curang pasti akan mengulangi kesilapan mereka.

Namun kita juga perlu percaya semua orang mampu mengubah diri jika mereka ingin mengubah diri mereka. Tidak semua orang yang pernah berlaku curang akan mengulangi kesilapan mereka. Namun untuk menghentikan ‘penyakit’ ini, sememangnya memerlukan usaha yang tinggi. Bukan mudah untuk meninggalkan kebiasaan ini tetapi pasti ada caranya!

Bersikap terbuka kepada pasangan

Cara terbaik untuk tidak berlaku curang adalah dengan bersikap terbuka kepada pasangan kita. Jika kita lebih bersikap terbuka kepada pasangan, risiko untuk berlaku curang akan kurang. Lama-kelamaan kita yang akan mula berasa bersalah kepada pasangan kerana menyembunyikan sesuatu daripada mereka. Jika anda hendak memulihkan keadaan, beranikan diri berterus-terang kepada pasangan tentang situasi yang sebenar. Jika ada orang lain yang sedang mengganggu anda, berbincanglah dengan pasangan anda dan cari solusi bersama supaya pasangan anda lebih mempercayai anda.

Jujur dan percaya kepada pasangan

Seorang Pakar Psikologi di Amerika Syarikat iaitu Susan Winter telah menjelaskan bahawa jika kita bersikap jujur dan percaya kepada pasangan, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga perhubungan kita. Kejujuran dan kepercayaan akan menjadikan kita lebih menjaga komitmen kita dalam perhubungan. Sedikit-sebanyak sikap ini akan mengelakkan kita daripada berlaku curang dan mengkhianati pasangan kita. Belajarlah untuk menjadi seorang yang setia.

Cari bantuan profesional

Jangan risau sekiranya anda berasa tidak yakin untuk mengubah kebiasaan ini. Dapatkan nasihat daripada pakar psikologi menerusi bacaan buku atau video di Youtube. Seorang pakar perhubungan dan juga merupakan seorang host podcast Dates and Mates, Damona Hoffman menjelaskan bahawa menyokong dan membantu orang yang pernah berlaku curang merupakan perkara yang penting. Jangan pernah berasa malu untuk mendapatkan bantuan daripada orang sekeliling kita.

Setiap orang pernah melakukan kesalahan. Jangan pernah menghakimi orang lain kerana setiap individu mampu mengubah diri mereka jika mereka benar-benar ingin berubah. Untuk yang pernah berlaku curang, bayangkan jika anda berada di tempat pasangan anda, pasti anda juga tidak mahu dicurangi kan?

Kredit foto: Deposit Photos

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

4 months ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

3 months ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

3 months ago
aisyahbadrull
Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

3 months ago
umirrasahad