10 Pasangan Selebriti Tampil Mesra Di Acara Karpet Merah Grammy Awards 2020
aisyahbadrull

GRAMMY Awards merupakan acara pengiktirafan nyanyian paling berprestij di dunia. Acara yang dilangsungkan bersempena untuk menghargai penggiat muzik ini sememangnya acara yang dinantikan saban tahun.

Berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 26 Januari lalu, berikut merupakan beberapa selebriti yang tampil mesra bersama pasangan mereka di acara karpet merah pada malam itu. Jom kita lihat!

Joe Jonas dan Sophie Turner

Kredit foto: popbela

Joe Jonas hadir bersama isterinya, Sophie Turner. Kedua pasangan ini tampak serasi dan sepadan dengan busana bertema hitam.

Gwen Stefani dan Blake Shelton 

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Tidak hanya tampil berdua di acara karpet merah, Gwen Stefani dan Blake Shelton juga melakukan persembahan pada malam itu dengan membawa lagu terbaharu mereka iaitu Nobody But You.

Priyanka Chopra dan Nick Jonas

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Priyanka Chopra hadir pada malam itu menemani suaminya, Nick Jonas yang juga membuat persembahan bersama Jonas Brothers.

Finneas O’Connell dan Claudia Sulewski

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Abang kepada Billie Eilish, Finneas O’Connel yang berjaya menggondol beberapa anugerah besar bersama adiknya Billie Eilish tampil mesra bersama kekasihnya Claudia Sulewski.

Heidi Klum dan Tom Kaulitz

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Heidi Klum dilihat hadir bersama suaminya, Tom Kaulitz yang juga merupakan ahli kumpulan Tokio Hotel.

Chrissy Teigen dan John Legend 

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Pasangan romantis John Legend dan Chrissy Teigen sememangnya tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri acara bersama-sama.

Jameela Jamil dan James Blake

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Pelakon Jameela Jamil hadir ke Grammy Awards untuk menemani kekasihnya, James Blake yang juga memenangi anugerah Best Alternative Music Album pada malam itu.

Dua Lipa dan Anwar Hadid

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Pasangan muda yang sedang hangat bercinta ini sentiasa kelihatan bersama menghadiri acara. Pada malam tersebut Dua Lipa tidak membuat persembahan tetapi menjadi penyampai anugerah.

Lana Del Rey dan Sean Larkin

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Lana Del Rey akhirnya tampil bersama kekasih barunya, Sean Larkin pada malam Grammy Awards 2020. Lana berjaya merangkul anugerah menerusi albumnya yang berjudul Norman Fucking Well.

Kevin Jonas dan Danielle

Mesra! 10 Pasangan yang Ramaikan Karpet Merah Grammys 2020
Kredit foto: popbela

Kevin Jonas hadir ke Grammy Awards 2020 ditemani isterinya, Danielle yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.

Ini merupakan beberapa pasangan selebriti yang dilihat tampil mesra di acara karpet merah Grammy Awards 2020. Sama cantik sama padan semuanya!

Artikel Berkaitan

Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

4 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

4 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

4 months ago
aisyahbadrull
Momen Manis Brad Pitt Dan Jennifer Aniston di SAG Awards 2020

Adakah mereka akan kembali bersama?

4 months ago
aisyahbadrull