10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020
aisyahbadrull

ANUGERAH penghargaan untuk penggiat seni, Academy Awards ke-92  atau lebih dikenali sebagai Anugerah Oscar baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Anugerah yang berlangsung Dolby Theater, Los Angeles ini dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood dan lebih mengujakan, ada sesetengah daripada mereka tampil mesra dan romantis bersama pasangan mereka di acara karpet merah!

Jom kita lihat selebriti-selebriti yang hadir bersama pasangan mereka!

Adam Driver dan Joanne Tucker

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Adam Driver berjaya memperoleh anugerah pelakon terbaik menerusi filem Marriage Story tampak serasi bersama isteri tercinta. Mereka mengenakan busana bertema hitam dan putih pada malam itu.

Scarlett Johansson dan Colin Jost

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Scarlet berjaya memenangi dua anugerah di Anugerah Oscar pada malam tersebut hadir bersama tunangnya, Colin Jost. Sama cantik sama padan pasangan ini ya.

Rami Malek dan Lucy Boynton

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Kisah cinta di antara Rami dan Lucy sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pada tahun lepas, Rami berjaya memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik menerusi filem Bohemian Rhapsody dan tahun ini pelakon lelaki berusia 39 tahun ini hadir sebagai pemberi anugerah.

Finneas O’Connell dan Claudia Sulewski

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Selepas ‘menang besar’ pada acara Grammy Awards baru-baru ini, abang kepada Billie Eilish ini hadir ke Anugerah Oscar bersama kekasih hatinya Claudia Sulewski.

John Cho dan Kerri Higuchi

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Pelakon John Cho yang kerap membintangi filem komedi hadir ke Anugerah Oscar tahun ini dengan membawa isteri tercinta, Kerri Higuchi.

Kelly Ripa dan Mark Consuelos

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Pasangan suami isteri yang sama-sama menjadi pelakon ini sering tampil romantis dan mesra apabila menghadiri ke sesebuah anugerah. Mereka sudah berumah tangga lebih daripada 24 tahun!

Gal Gadot dan Yaron Varsano

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Pelakon utama Wonder Woman, Gal Gadot tampil pretty in pink bersama suaminya Yaron Vorasano yang dinikahinya 12 tahun yang lalu.

Joaquin Phoenix dan Rooney Mara

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Walaupun Joaquin dan Rooney tidak gemar menghebahkan perhubungan mereka kepada umum, namun mereka tidak menyembunyikan kemesraan mereka ketika berjalan di acara karpet merah Oscar. Joaquin berjaya meraih anugerah pelakon lelaki terbaik menerusi filem Joker.

Idina Menzel dan Aaron Lohr

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Anugerah Oscar tahun ini menjadi Anugerah Oscar kedua buat penyanyi Idina Menzel yang turut membuat persembahan di atas pentas. Pengalih suara filem Frozen dan Frozen 2 ini tampil di acara karpet merah Oscar bersama suami tercinta.

America Ferrera dan Ryan Piers Williams

15 Pasangan Paling Romantis di Karpet Merah Piala Oscar 2020

Pelakon wanita yang mula dikenali menerusi drama siri Ugly Betty ini hadir di Anugerah Oscar bersama suami sekali gus mengumumkan kehamilan keduanya. Tahniah!

Glamour dan romantis kan kesemua pasangan di atas ini?

Artikel Berkaitan

Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

4 months ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

3 months ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

4 months ago
aisyahbadrull
Momen Manis Brad Pitt Dan Jennifer Aniston di SAG Awards 2020

Adakah mereka akan kembali bersama?

4 months ago
aisyahbadrull
Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

4 months ago
umirrasahad